Dana Wakaf Al-Mursyidin UPSI

Tuesday, February 20, 2018

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kini anda boleh bersama-sama kami membangunkan Kompleks Akademi Pendidikan UPSI.

Akademi Pendidikan UPSI berkonsepkan:

  1. Pendidikan Sekolah Rendah (menggunakan sukatan KSSR-KPM ; KAFA-JAKIM; Tahfiz-UPSI)
  2. Sekolah Swasta yang didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Pengajaran menggunakan kaedah yang terkini (project based learning)
  4. Modul pembelajaran dan pengajaran yang digubal khusus oleh tenaga pakar akademik UPSI.

Pembinaan Kompleks Akademi Pendidikan memerlukan kos sebanyak hampir RM 15 juta yang meliputi:
  1. 12 buah kelas
  2. Pejabat pentadbiran
  3. Ruang-ruang khas seperti bilik sains, bilik studio seni, surau, bilik sukan, perpustakaan dan lain-lain
Anda boleh menyumbangkan dana dengan seikhlas hati dengan saluran berikut:
  1. Secara TUNAI di Kaunter Pusat Islam UPSI
  2. Sumbangan terus ke akaun Dana Wakaf al-Mursyidin : 0806-8010-0429-95
  3. http://epayment.upsi.edu.my/

Segala keprihatinan anda kami amat hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Unknown

Author & Editor

Akademi Pendidikan UPSI. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Kami mengalu-alukan maklum balas anda.

0 comments:

Post a Comment